INFO TENTANG AIR GAU
Air GAU adalah sejenis air mata air yang keluar daripada bumi,merupakan anugerah Allah kepada kita semua melalui seorang hamba Nya yang istimewa iaitu Tuan Guru Haji Mohd Baqi bin Osman.Beliau merupakan pengasas sebuah pondok pengajian Islam di Kg. Sungai Gau, Temerloh, Pahang.
Tuan Guru Haji Mohd Baqi telah menemui sumber air ini selepas beliau melakukan solat hajat apabila institusi pondoknya telah mengalami masalah ketiadaan sumber air bersih untuk minuman dan kegunaan harian.Pada suatu malam beliau telah bermimpi didatangi seseorang kepadanya dan menunjukkan satu lokasi supaya beliau menggali sebuah perigi atau telaga.
Peristiwa ini berlaku pada tahun 1991.
Selepas telaga siap digali, air mata air yang keluar daripada perut bumi ini telah keluar tampa henti sehinggakan sumber air ini telah menjadi kegunaan harian penduduk tempatan,masyarakat sekitar dan penduduk di kawasan-kawasan terdekat.Orang ramai datang mengambil air ini untuk kegunaan harian seperti mandi, minum dan sebagainya.Satu keadaan yang agak menakjubkan apabila air mata air ini tidak pernah kering walaupun masyarakat ramai telah mengambilnya sejak dari awal selepas penggalian dibuat sehingga sekarang.Pernah satu ketika dahulu telah berlaku situasi yang agak merugikan apabila sumber Air yang keluar daripada perut bumi ini terbiar melimpah dan mengalir begitu sahaja.Keadaan ini berlaku sebelum khasiat,kelebihan dan keistimewaannya diketahui.
Kajian dan analisa juga telah dilakukan oleh Universiti Putra Malaysia
Selepas sepuluh tahun masa berlalu iaitu pada tahun 2001 kewujudan dan berita keanehan sumber air yang keluar tampa henti ini telah sampai kepada pengetahuan pihak yang bertanggungjawab, mereka telah melakukan kajian tentang khasiat dan keistimewaan air ini.Hasil kajian agak mengejutkan kerana Ianya telah disahkan mempunyai kandungan mineral yang tinggi.Dapatan maklumat ini adalah mengikut Analisa yang telah dilakukan oleh Universiti Putra Malaysia.
Air ini juga telah diuji oleh pihak MARDI untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan khasiat, zat galian,tahap keracunan dan kesan bahayanya.
Hasil ujian menunjukkan air ini tidak berbahaya untuk diminum bahkan airnya sungguh istimewa,sangat bersih,tinggi khasiat,mengandungi ketumpatan serta kandungan bahan galian yang sifatnya menyerupai air zam-zam.Betapa besarnya kuasa,rahmat dan nikmat Allah diatas anugerah yang sangat hebat ini.
Air Gau Mengandungi Kandungan Mineral Yang Tinggi
Air Sumber Dalam Perut Bumi ini mempunyai pelbagai manfaat dan khasiat untuk kesihatan, terdapat didalamnya kadar Miniral, garam galian yang tinggi (TDS 284mg) bersifat alkali ,sebagai penjana tenaga segera dan mempunyai kandungan miniral yang tinggi iaitu pH 7.9.
Merupakan Satu-satunya Air Bermineral Tinggi di MALAYSIA.Air yang Melimpah secara semulajadi Walau ianya Tidak Dipam.
Mengikut Ustaz Abdul Mujib, anak kepada Tuan Guru yang menjaga kilang Air GAU, setiap hari mereka mengepam sekitar 12,000 liter untuk dibotolkan.
Air mata air ini jika sekiranya tidak dipam, air akan berterusan mengalir dan melimpah keluar dengan sendiri bukan seperti telaga biasa yang tidak melimpah keluar.
Tuntasnya berita berkaitan air Gau ini bukan sekadar perniagaan,keuntungan wang ringgit sahaja, namun disana adanya satu perjuangan yang sangat besar memartabatkan produk keluaran muslim yang merupakan satu dakwah bagi memperkenalkan minuman aafiyat serta mengiktiraf kuasa dan kehebatan Allah s.w.t yang telah menjadikan air sebagai satu sumber kehidupan yang sangat penting dan diperlukan setiap masa.
Minum 3 liter setiap hari bagi lelaki dan 2.5 liter bagi wanita
Saranan diatas adalah keperluan air yang mencukupi untuk membantu sistem badan melakukan kerja ,memaksimakan fungsi organ,mencukupkan bekalan oksigen dalam darah ,menolak keluar racun, kotoran didalam usus dan pemulihan sistem perkumuhan badan manusia.
Air Gau Adalah Satu Anugerah.
Salam Afiyat Buat Semua.
Reviews
There are no reviews yet.