Tentang Kami
Latar Belakang
Kami merupakan sebuah syarikat berdaftar di bawah SSM yang tujuan penubuhannya menjalankan perniagaan menyediakan dan membekalkan produk makanan dan minuman kesihatan, produk kegunaan harian, produk kegunaan bilik air, produk keperluan diri, produk berasaskan herba dan produk makanan sihat bernutrisi.
Kami juga menyediakan khidmat rawatan tradisional seperti urutan sinergi, bekam, kiropraktik,acupuncur dan juga khidmat nasihat berkaitan teknik pemilihan rawatan yang berkesan, pemakanan sihat untuk mengembalikan fungsi organ bagi mempercepatkan proses kesembuhan dan kearah membentuk masyarakat Aafiyat sepanjang hayat.
Mula beroperasi pada tahun 2016 ,pusat operasi utama bertempat di Kompleks Usahawan Terengganu (KUT) dan sebuah cawangan di Permaisuri,Setiu.
Visi & Misi
Visi
Menjadi peneraju kaedah Rawatan Sinergi diantara Ilahiah, Insaniah dan Alamiah
Misi
1.Memperkenal, mengiktiraf serta memanfaatkan kehebatan Alquran, sains dan alam semula jadi.
2.Membebaskan masyarakat daripada belenggu khurafa dalam perubatan dan mudharat dalam pemakanan.
3.Memperkasa kualiti kesihatan komuniti, membudaya kehidupan insan, aafiyat sepanjang hayat.
4.Melahirkan perawat berkemahiran, perkhidmatan rawatan berkualiti serta membentuk masyarakat Aafiyat cemerlang dan gemilang.
Pengasas Qubah Synergy

- Beliau merupakan lepasan dari University Al-Azhar, Jabatan Tafsir dan Ulum Al-Quran
- Pengajian Basic Cource in Clinical Acupuncture 6 bulan di Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian KELATANTAN (Mac – Ogos 2016)
- Praktikal Acupuncture di Xiamen Universiti of China pada bulan Disember 2016.
- Mempunyai persijilan bekam dari pertubuhan PERHIJAM
Biodata
- Mula menceburkan diri dalam mengenali teknik pemakanan dan pengobatan herba daripada Arwah bapanya Haji Che Khalid bin Che Mat Latif semenjak dari sekolah rendah di usianya masih kanak-kanak.
- Pada tahun 2006 telah melibatkan diri dalam pelbagai kursus dan kelas pengajian bagi menambah ilmu berkaitan tumbuhan dan teknik sinergi herba bersama Tuan Haji Ismail bin Ahmad yang merupakan pengarah urusan Hpa Industri Sdn Bhd dan beliau seorang yang pakar dalam ilmu berkitan herba.
- Pengesahan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman semua modeliti telah dinilai oleh GAPERA(gabungan pertubuhan pengamal perubatan melayu malaysia) sebagai pengamal perubatan tradisional melayu(PTM)
- Mendalami teknik pemakanan aafiyat bernutrisi pada tahun 2016 sehingga sekarang bersama Team Mubasyir Ohr Marketing Sdn Bhd dan Dalam tempoh masa yang sama telah memperkenalkan kaedah rawatan secara SYNERGY dibawah pimpinan Qs Abdullah bin Abdul Rahim.
Barisan Perawat



