Info Rawatan Teknik Sinergi
- Gabungan beberapa teknik rawatan iaitu refleksology, urutan jitu, bekam, akupuntur dan akhir sekali pengambilan herba yang bertepatan dengan permasalahan kesihatan yang sedang dihadapi. Ubatan herba perlu 100% daripada sumber alami.
- Kombinasi rawatan secara sinergy sangat berkesan dan mempercepatkan berlakunya proses kesembuhan. Pemakanan sihat yang diambil pula perlulah menjadi kesinambungan dengan rawatan yang telah dibuat.
- Teknik Urutan, kaedah bekam dan akupuntur dilakukan untuk mengaktifkan sistem saraf tubuh badan agar kembali berfungsi dengan baik.
- Bermula dengan mengesan permasalahan penyakit, proses rawatan dan seterusnya disusuli dengan pengambilan makanan sihat sangat membantu untuk kesembuhan yang lebih segera dan penjimatan dari sudut masa berbanding rawatan yang dilakukan secara berasingan.
- Produk herba tidak boleh diambil secara semberono kerana ianya akan menyebabkan berlaku tindak balas sistem badan terhadap produk herba yang diambil dan ianya akan menggangu proses rawatan yang sedang dilakukan.