Teknik mengesan masalah kesihatan hanya melibatkan organ tapak tangan dan muka sahaja tanpa perlu membuka aurat kecuali dalam situasi yang memerlukan, terdesak dan mencapai tahap darurat. Ini bertepatan dengan kaedah perawatan di dalam Islam.
Diagnosis saraf tangan bukannya permainan silap mata, bukan satu teknik tenung nasib, bukan juga amalan bomoh yang sesat akan tetapi ianya merupakan satu ilmu bagaimana memahami bahasa badan melalui urat saraf pada tangan bagi mengesan kelemahan organ.
Teknik yang ringkas, cepat ,tepat dan selamat bagi mengesan kelemahan organ yang sedang dialami oleh seseorang. Masalah kesihatan dapat dikesan seawal 3% – 5% kehadiran penyakit yang bersembunyi di dalam tubuh badan manusia.
Pengubatan penyakit ditahap awal ini juga lebih mudah dan lebih segera berlakunya kesembuhan.